Selasa, 9 Mac 2010

Orang rugi kah aku???

Soalan ini sentiasa berlegar-legar di fikiran. Sebenarnya soalan ini menyentak fikiran ana semasa IDG (Islamic Discussion Group) jumaat yang lalu, pada masa itu kami di suruh untuk memberikan sedikit tazkirah ataupun perkongsian di kalangan ahli IDG. Perkongsian ilmu di mulai oleh Srikandi Abu Bakar dengan membawa topic tentang seorang mualaf dari negara barat di mana info ini di import oleh Remaja Masjid kepada Srikandi Abu Bakar melalui pos teknologi yang diberi nama e-mail.
Terus-terang ana katakan, semasa Srikandi Abu Bakar memberi perkongsian, ana sebenarnya tidak memberi kefokusan terhadap apa yang disampaikan. Pada masa itu, sang virus yang bernama soalan telah mengetuk pintu akal ana dengan membawa 1 virus yang memberi ancaman terhadap diri ana.
Sang virus ingin menetap di rumah akal, tetapi rumah di ruang akal tidak sanggup untuk menampung si sang virus. Akal pun membuka kamus imannya dan mencari jawapan untuk si virus soalan.
Bagi ana soalan sang virus amat senang untuk dijawab kerana jawapannya hanya dua iaitu ya ataupun tidak. Akan tetapi kamus iman ana susah sangat untuk memberi jawapan kerana sang virus telah membawa soalan yang berbunyi ‘’ adakah setiap peringatan dan nasihat yang kau berikan kepada orang lain itu kau lakukan? Ataupun sekadar bercakap? ‘’.
Rasulullah SAW telah bersabda :
Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a khadam Rasulullah SAW dari Nabi SAW, sabdanya : Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.
                                    
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

hebatnya ukhwah sang semut ini...

Di sini ana hanya ingin memfokuskan tentang nasihat dan teguran.
InsyaAllah kita tahu akan tuntutan memberi nasihat, peringatan ataupun teguran kepada saudara yang lain akan tetapi kenapa kita masih lagi tidak berani untuk memberi teguran kepada sahabat-sahabat kita? Terutamanya sahabat-sahabat kita yang faham tentang Islam, sahabat-sahabat kita yang sama-sama berjuang untuk Islam. Adakah kerana segan? Ataupun kita merasa ilmu kita hanya senipis kulit bawang jika di bandingkan dengan sahabat yang kita ingin teguri itu? Ataupun kita takut ukhwah kita dengannya akan regang selepas menegurnya? (hendak jaga hati kawanlah konon)...
Seorang kawan yang baik adalah seorang kawan yang menegur kesilapan kawannya yang lain dan cuba untuk membantu memperbetulkan kesilapan kawannya itu. Dan sebagai yang ditegur hendaklah melapangkan dada untuk menerima teguran itu kerana setiap apa yang kita fikir dan lakukan itu tidak semestinya betul. Sesungguhnya Allah SWT telah bersumpah dalam surah Al-Asr iaitu :
‘’ Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran’’.
Sekadar renungan untuk ana dan sahabat yang membaca post ini...
Kita hebat berkata apabila seorang kawan bertanya tentang bagaimana hendak menegur seorang kawan, siap dengan memberi cadangan cara-cara hendak menegur kawan...tetapi ingatlah saudaraku bahawa mulut orang yang berkata-kata itu lebih dekat dengan telinganya. Allah SWT akan menguji orang yang berkata-kata itu terlebih dahulu terhadap apa yang dia perkatakan itu. Tepuklah hati dan tanyalah iman ‘’ Adakah aku ini termasuk dalam golongan manusia-manusia yang rugi? ‘’. ALLAHU ALAM...

Tiada ulasan:

Catat Komen

Basahkan Lidah, sirami rohani

Alhamdulillah Ya Rabb...