''LA KHAUF wala tahzan, innallahu ma'ana''
ertinya : jangan takut dan jangan bersedih, Allah menyertai (menolong) kita.''
wahai para mujahid dan mujahidah sekalian...
janganlah kamu gentar memperjuangkan Islam
agar tertegaknya agama keharmonian
di bumi Ya Rabb melahirkan keinsafan...
wahai para mujahid dan mujahidah sekalian...
manusia hina hamba suruhan
hanya kepada Ar-Rahman sujud diberikan
agar hidup tak hilang pedoman...
wahai mujahid dan mujahidah sekalian...
iman takwa jadi panduan
jihad jalan sebenar kehidupan
kerana kita khalifah utusan
tali Allah sebagai pegangan...
hasbiyallah huwaniaq mannasir
tika titis air mata jatuh ke bumi, biarlah hanya Allah yang mengetahui, kerana hanya Dia penyembuh luka pemberi bahagia kepada hati dan naluri. Sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada yang melalaikan. Ujian Allah datang kerana kasihNya kepada hambaNya, agar iman terus mengikat, hati semakin dekat, dan jiwa lebih akrab dengan Ya Rabb.....
Sabtu, 14 November 2009
Selasa, 27 Oktober 2009
Menulis itu kuasa...
Menulis…
Di sana ada amanah sebaran,
Di sana ada perkongsian,
Di sana ada pengetahuan,
Di sana ada `amalan…
Di sana ada kekuatan,
Di sana ada perancangan,
Di sana ada kebijaksanaan,
Di sana ada keindahan...
Menulis…
Di sana ada teguran,
Di sana ada pengajaran,
Di sana ada tauladan dan amaran,
Di sana ada perkhabaran dan peringatan…
Menulis…
Di sana ada pesanan,
Di sana ada kecekalan,
Di sana ada perjuangan,
Di sana ada kemenangan...
Ingat!
Di sana ada amanah sebaran,
Di sana ada perkongsian,
Di sana ada pengetahuan,
Di sana ada `amalan…
Di sana ada kekuatan,
Di sana ada perancangan,
Di sana ada kebijaksanaan,
Di sana ada keindahan...
Menulis…
Di sana ada teguran,
Di sana ada pengajaran,
Di sana ada tauladan dan amaran,
Di sana ada perkhabaran dan peringatan…
Menulis…
Di sana ada pesanan,
Di sana ada kecekalan,
Di sana ada perjuangan,
Di sana ada kemenangan...
Ingat!
Langgan:
Catatan (Atom)