Isnin, 19 Julai 2010

Perdebatan antara ahli fiqh dan ateis...

Kepercayaan dan keyakinan terhadap kewujudan Tuhan merupakan asas utama dalam kehidupan beragama. Namun terdapat manusia yang masih kosong daripada keyakinan seperti ini. Kisah ini sekadar renungan...

Ateis       : ''Percayakah engkau mengenai adanya Allah?
Ahli fiqh  :  ''Ya, tanpa sebarang keraguan.;;
Ateis      : ''Apakah engkau pernah melihat-Nya?''
Ahli fiqh : ''Tidak pernah.''
Ateis     : Apakah engkau pernah mendengar suara-Nya?
Ahli fiqh : Tidak pernah.
Ateis     : Apakah engkau pernah mencium bau-Nya atau menyentuh-Nya?
Ahli fiqh : Tidak pernah.
Ateis     : Jadi, bagaimana engkau begitu yakin mengenai kewujudan Allah?.

Tanpa menjawab soalan ini, ahli fiqh bertanya kepada si ateis..

Ahli fiqh   : Apakah engkau mempunyai akal?
Ateis        : Sudah tentu.eta
Ahli fiqh   : Pernahkah engkau melihat akalmu itu?
Ateis       : Tidak pernah.
Ahli fiqh  : Apakah engkau pernah mencium baunya atau menyentuhnya?
Ateis       : Tidak pernah.
Ahli fiqh  : Lalu, bagaimana engkkau begitu yakin untuk mengaku bahawa engkau mempunyai otak?..

Hanya manusia yang tidak berakal sahaja tidak mengenali Penciptanya. Betapa malangnya insan yang diciptakan Allah swt namun ia tidak mengenali siapa Penciptanya. Semua manusia sememangnya mempunyai fitrah beragama iaitu agama Islam seperti dalam firman Allah swt :

''Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,''
(Surah Ar-Rum : 30)

Selasa, 9 Mac 2010

Orang rugi kah aku???

Soalan ini sentiasa berlegar-legar di fikiran. Sebenarnya soalan ini menyentak fikiran ana semasa IDG (Islamic Discussion Group) jumaat yang lalu, pada masa itu kami di suruh untuk memberikan sedikit tazkirah ataupun perkongsian di kalangan ahli IDG. Perkongsian ilmu di mulai oleh Srikandi Abu Bakar dengan membawa topic tentang seorang mualaf dari negara barat di mana info ini di import oleh Remaja Masjid kepada Srikandi Abu Bakar melalui pos teknologi yang diberi nama e-mail.
Terus-terang ana katakan, semasa Srikandi Abu Bakar memberi perkongsian, ana sebenarnya tidak memberi kefokusan terhadap apa yang disampaikan. Pada masa itu, sang virus yang bernama soalan telah mengetuk pintu akal ana dengan membawa 1 virus yang memberi ancaman terhadap diri ana.
Sang virus ingin menetap di rumah akal, tetapi rumah di ruang akal tidak sanggup untuk menampung si sang virus. Akal pun membuka kamus imannya dan mencari jawapan untuk si virus soalan.
Bagi ana soalan sang virus amat senang untuk dijawab kerana jawapannya hanya dua iaitu ya ataupun tidak. Akan tetapi kamus iman ana susah sangat untuk memberi jawapan kerana sang virus telah membawa soalan yang berbunyi ‘’ adakah setiap peringatan dan nasihat yang kau berikan kepada orang lain itu kau lakukan? Ataupun sekadar bercakap? ‘’.
Rasulullah SAW telah bersabda :
Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a khadam Rasulullah SAW dari Nabi SAW, sabdanya : Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.
                                    
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

hebatnya ukhwah sang semut ini...

Di sini ana hanya ingin memfokuskan tentang nasihat dan teguran.
InsyaAllah kita tahu akan tuntutan memberi nasihat, peringatan ataupun teguran kepada saudara yang lain akan tetapi kenapa kita masih lagi tidak berani untuk memberi teguran kepada sahabat-sahabat kita? Terutamanya sahabat-sahabat kita yang faham tentang Islam, sahabat-sahabat kita yang sama-sama berjuang untuk Islam. Adakah kerana segan? Ataupun kita merasa ilmu kita hanya senipis kulit bawang jika di bandingkan dengan sahabat yang kita ingin teguri itu? Ataupun kita takut ukhwah kita dengannya akan regang selepas menegurnya? (hendak jaga hati kawanlah konon)...
Seorang kawan yang baik adalah seorang kawan yang menegur kesilapan kawannya yang lain dan cuba untuk membantu memperbetulkan kesilapan kawannya itu. Dan sebagai yang ditegur hendaklah melapangkan dada untuk menerima teguran itu kerana setiap apa yang kita fikir dan lakukan itu tidak semestinya betul. Sesungguhnya Allah SWT telah bersumpah dalam surah Al-Asr iaitu :
‘’ Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran’’.
Sekadar renungan untuk ana dan sahabat yang membaca post ini...
Kita hebat berkata apabila seorang kawan bertanya tentang bagaimana hendak menegur seorang kawan, siap dengan memberi cadangan cara-cara hendak menegur kawan...tetapi ingatlah saudaraku bahawa mulut orang yang berkata-kata itu lebih dekat dengan telinganya. Allah SWT akan menguji orang yang berkata-kata itu terlebih dahulu terhadap apa yang dia perkatakan itu. Tepuklah hati dan tanyalah iman ‘’ Adakah aku ini termasuk dalam golongan manusia-manusia yang rugi? ‘’. ALLAHU ALAM...

Khamis, 25 Februari 2010

Adakah rindu Rasulullah SAW berbalas? Salam Maulidur Rasul...

Di saat mana Rasulullah mengatakan dia merindui saudara-sauadaranya , suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara: "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan `ikhwan' baginda:

"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika.

Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.


Sedar tak sedar, kitalah umat selepas kematian Rasulullah SAW. Betapa baginda merindui kita walaupun kita belum lagi lahir ke muka bumi...Bimbangnya Rasulullah SAW terhadap kita hinggakan hembusan terakhir, baginda masih lagi mengingati kita. Lafaz umati, umati dan umati bukti rindu dan kasih Rasulullah terhadap kita...Tapi berbalaskah rindu dan kasih baginda??? Tepuk hati tanyalah iman..

SALAM MAULIDUR RASUL...
''Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat"

Sabtu, 13 Februari 2010

kawan...

Kelmarin malam ana dan kawan-kawan balik kampung...
Tak sabar rasanya nak jumpa ibu, abah, akan dan adik-adik yang menceriakan rumah...
Di sini ana nak ceritakan tentang sebelum ana sampai ke rumah...
Begini citenya....
..................................................................................................................................................
Hari ini adalah hari jumaat,
Seperti hari-hari biasa kami sekawan (kak Isniah, kak Cicie, Hasnidar dan ana ) akan memakai baju berwarna hitam,
Ala ukhwahlah katakan hehehe...
Hari ini ana ada 1 kelas sahaja, kelas bel260 (english class)
Sebelum pukul 10 am ana dan kengkawan da tunjukkan muka dalam kelas,
Semangat balik kampung la katakan....
Seperti biasa lecturer kami lambat sampai,
Kebetulan pulak ana janji nak hantarkan assignment kawan ( kak cicie dan hasnidar) dengan lecturer dorang (ustazah Alhanah) so lecturer kami belum datang ana pun ambil kesempatan la hantar assignment dorang tadi...
Setelah hantar assignment kawan tadi, ana dan syer terserempak dengan lecturer kami ( madam suzi )kesian ana nampak madam angkat radio dan begnya, ana offer la pertolongan ana...
Lebih kurang beginilah dialog kami....
Ana : may i help you madam?
Madam : ok lah walaupun clas da dekat ( sambil tersenyum)
‘’ noreen da sihat’’, tanya madam kepada ana. ‘’ sihat da madam’’, balas ana...
Kelmarin (khamis) ana tak masuk class bel260 coz tue la madam tanya...
...........................................................................................................................................
Tup tup class da tamat dah...
Anie (classmate) ajak ana pi 1borneo,
Ana tak tahu nak jawab apa...ikut ke atau tak????
Dorang ajak tengok wayang, ana rasa berbelah bagi sama ada nak ikut ke tak...
Akhirnya ana ambil keputusan untuk ikut dorang tapi bukan berniat untuk berseronok, ada maksud di sebaliknya..hehehe ada udang di sebalik mee rupanya...
Ya Allah perbetulkanlah niat di hati ini...
Kuatkanlah hati ini untuk membantu saudaraku, doaku sebelum menerima pelawaan kengkawan untuk pi 1B (1 borneo)...
Sesampai di 1B, ana terus ajak kawan pi surau ( anie, syer, safiah dan susan (non-muslim)) untuk menunaikan kewajipan seorang hamba kepada penciptaNya iaitu solat zohor...
Susan malu nak masuk surau tapi ana suruh gak dia masuk, bukan apa just nak berdakwah melalui perbuatan, tunjuk kat dia bagaimana pentingnya solat bagi seorang muslim.
Lepas solat kami pun pergi lah mengisi perut yang kosong...bincang punya bincang akhirnya kami tak jadi nak menonton wayang (Alhamdulillah)...ana pun mulalah menusukkan jarum, kembali kepada matlamat asal ana...sedikit demi sedikit ana mula memahami mereka, ana tak serang dorang dengan soalan yang bertubi-tubi, takut-takut nanti dorang terhidu niat ana ataupun dorang rimas ngan ana...sabar, atur strategi ....
Jam 3.35 pm ana dan syer pun balik UITM terlebih dahulu...Anie, susan dan safiah balik kemudian...
Syukur ke hadrat Illahi Allah permudahkan perjalanan kami balik ke UITM...
..........................................................................................................................................................
Begitulah citenya untuk ana menyelami jiwa kengkawan di sekeliling ana,
Ana cuba untuk bergaul dengan mereka menggunakan cara mereka...
Ana cuba agar mereka tidak segan untuk bergaul dengan ana...
InsyaAllah dengan cara ini ana harap ana dapat mengajak mereka untuk kembali bertaut di bawah 1 dahan iaitu Ad-din (Islam 100%)
YA ALLAH BANTULAH HAMBA MU INI...AMIN....

Sabtu, 30 Januari 2010

sandaran hati yang hakiki...

arus dunia kian deras
sungai masa semakin cetak...
kenapa hati ini masih lagi di lembah yang lama???
seperti seorang hamba yang tak punyai tuannya
tak tahu ingin berkhidmat untuk siapa...

buaian teknologi terus mengasyikkan
irama sosiali semakin melalaikan
tiada batas tiada sempadan
diri rosak dalam kealphaan...

hati ini sungguh rasa kesunyian....
tertanya-tanya...
milik siapakah hati ini???
puasku mencari dalam kamus akal
namun hampa yang menerja jawapan
binggung tanpa ada hala tujuan...

namun kini....
hati ini telah ku sandarkan pada seorang insan
berkongsi suka dan duka
membuat hati semakin lebat berbunga
walaupun musim bukan di musim bunga...

akan tetapi....
kosong!!!
kenapa hati masih merasa kosong?
sedangkan aku punya semuanya....
kasih keluarga, cinta lelaki, sokongan sahabat, 
harta benda walaupun tak semewah seorang puteri yang duduk di singgahsana
masih waraskah aku???
rasanya aku perlu mencari doktor yang boleh merubat jiwa
tetapi adakah doktor yang ingin ku temui ini seorang doktor yang mempunyai phd kedoktoran???
dan doktor jenis manakah yang boleh merawat kekosongan???
kenapalah pekara yang remeh ini asyik timbul dalam fikiran
menyeksa kalbu menyemakkan perasaan...
kini ku terdampar di dunia pendidikan
UITM tempat pilihan
menjana ilmu walaupun punya banyak rintangan
namun hati tetap teguh pada pegangan
'' kejayaan bukan terletak pada berapa banyak usaha yang dilakukan
tetapi
kejayaan terletak pada bagaimana cara kita laksanakan...''

di bumi ini lah terungkainya beban
yang kian lama terbuku dalam diam
persoalan telah bertemu jawapan
Milik siapakah hati ini???
















CINTA DAN KASIHKU  HANYA UNTUKMU YA RABB...

Rabu, 20 Januari 2010

Di Manakah Kita?

3 keadaan manusia di dalam menuntut ilmu....

Manusia pertama : Manusia yang mencari ilmu untuk dijadikannya bekalan ke negeri akhirat yang berniat untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Sesungguhnya manusia golongan ini adalah orang-orang yang beruntung.

Manusia kedua : Manusia yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan yang segera yakni dunia dan untuk mendapatkan kemuliaan pangkat serta harta benda. Manusia jenis ini tahu dan sedar serta dapat merasakan dalam hatinya akan kejahatan dan kehinaan maksudnya. Sesungguhnya manusia golongan ini dalam peringkat danger, disarankan cepat-cepatlah bertaubat takut tak sempat...

Manusia ketiga : Manusia yang dikuasai syaitan, mencari ilmu hanyalah untuk dijadikan alat menghimpunkan harta benda dan bermegah-megah dengan kedudukan serta merasa bangga dengan pengikutnya yang ramai. Manusia ini telah terpedaya dengan sangkaan bahawa dia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t kerana pada zahirnya dia menyerupai ulama namun batinnya tamak dan haloba. Sesungguhnya manusia golongan ini akan binasa, jahil dan tertipu dengan helah syaitan serta tipis harapan untuk bertaubat.

'' Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
( As-Saff : ayat 02)

'' (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah s.w.t jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.''
( As-Saff : ayat 03)

Tepuklah akal...Tanyalah hati...

'' Dia ( Allah s.w.t ) mengetahui ( pandangan) mata yang khianat dan apa yang tersembunyi dalam dada.''
( Al-Mu'min : ayat 19 )

Sabtu, 16 Januari 2010

Masih adakah airmata???


Ku tahu kasih mu kepada umat... 
Umati umati... 
Ku tahu bimbang mu kepada kami, 
Syafaatkan kami...
Ya Rasulullah Ya Habbi Baw’lah... 
Tidak pernah ku tatap wajahmu... 
Ya Rasulullah Ya Habbi Baw’lah... 
Aku rindu pada mu....





Sakit rasanya menahan rasa rindui kepada mu Ya Rasulullah
Apatah lagi bagi kami umat mu yang tak pernah menatap wajahmu...
Bisik jiwaku...
Lagu Ya Rasulullah dendangan kumpulan Raihan kegemaranku, terus berkumandang di ruang laptopku...
Seketika aku bermuhasabah diri...
Aku takut jika Rasulullah tak mengaku aku sebagai umatnya,
Tak dapat bersama-samanya, tak dapat seiring dan selangkah dengannya..
Lalu hati kecil ku berbisik...layakkah kau seiring dan selangkah dengan Rasulullah...
Kekasih Allah bah tu...kau tu siapa juga...sedar dirilah!!!


Di manakah kau ketika baginda dihina, dicaci dan dipermain-mainkan???
Apakah yang kau lakukan ketika nama baginda diperkotak katikkan???
Jangan hipokritlah...
Padahal selama ini kau mensia-siakan jak ajaran Rasulullah,
Suka-suka mu jak...
Cakap cinta dan kasih kepada Rasulullah,
Nah! Mana buktinya???
Hipokrit betul kau nie!!!
Tergagam dan tersentak aku untuk sekian lama,
Mengalir titisan mutiara jernih ke pipi...
Jiwaku meronta ketakutan,
Kepada siapakah aku hendak mengadu?
Mengurangkan beban di kalbu...
Putaran masa dalam minda terus mencari...
Searching, searching dan searching...


Yes i remember...
Kenapalah aku begitu alpa,
Sedangkan pengubat hati dan lara ada sentiasa,
Malah lebih dekat dengan ku...
Lebih dekat daripada parentsku,
Lebih dekat daripada sahabatku...
Malah lebih dekat daripada urat leherku...
Ya Rabbul Izzati, sesungguhnya hambamu ini lemah,
Hambamu ini hina...
Jahilnya diri ini, sombongnya diri ini...
Hanya meningati Mu ketika susah dan melupakan Mu ketika senang...
Apakah yang aku lakukan selama ini Ya Allah,
Usiaku kini telah menjangkau 19..
Ya, masih muda...aku pun pena terfikir begitu...
Tapi jemputan Izrail itu tak mengenal usia...
Siapakah boleh menjamin jika hari esok itu masih ada untuknya???
Ya Rasulullah...hari demi hari ku lalui,
Ingin sekali ku bertemu dengan Mu,
Ingin sekali aku menjadi murid bimbingan tarbiyah Mu...
Ingin sekali aku mendengar khutbah Mu...
Ingin sekali aku tatap wajah Mu...
Ingin sekali aku berjuang di bawah pimpinan Mu...
Ya kekasih Allah...
Aku takut...
Aku takut hidup di umat akhir zaman...
Masih adakah jiwa-jiwa yang akan mengalirkan airmata untuk Mu???





Ahad, 10 Januari 2010

Inikah hala tuju?


inikah masa depan yang diidamkan?
tanpa tongkat pertolongan Ar-Rahman.

Saban hari kita leka akan diri,
mencari siapa diri sendiri,
hingga hanyut dalam mimpi,
yang tercipta di alam fantasi...

Apakah sebenarnya maqasid diri,
keagungan dunia kah yang dicari?
bermatlamatkan nafsu yang tiada hakiki,
menjauhkan diri daripada ILLAHI...


siapa aku sebenarnya???

Inikah matlamat yang dicari,
mukadimah kepada diri,
marhalah yang ingin dikecapi,
tarbiyah yang penuh duniawi...

Adakah kita lupa makrifattul bak'ti,
hinggakan Pencipta tak ditakuti,
syaitan dan nafsu mengambil ahli,
manusia hina sentiasa dibelenggui...

sahabat daku merinduimu...


kenangan di SMTLD

Setiap persahabatan perlukan pengorbanan,
ketulusan,
kepercayaan,
dan
kejujuran.
Persahabatan yang jujur dan ikhlas adalah persahabatan
yang
dikasihi oleh Maha Esa...
Setiap persahabatan yang terjalin mengeratkan silaturahim sesama Islam.

 

Ukhuwwah itu indah apabila bertemu dan berpisah kerana 
Allah SWT

Basahkan Lidah, sirami rohani

Alhamdulillah Ya Rabb...