Selasa, 15 Mac 2011

Buat Saudaraku....


Alhamdulillah malam ini Allah SWT mengerakkan hati ana untuk menulis sesuatu agar dapat dikongsi bersama. InsyaAllah semoga memberi manfaat buat diri ana dan sahabat-sahabat....


Sebesar-besar dan sebaik-baik modal yang dikurniakan Allah SWT kepada kita adalah ‘’UMUR’’. Allah SWT memberikan modal umur kepada kita agar kita menggunakannya dengan sebaik-baiknya. Namun modal yang Allah SWT berikan ini pasti akan habis apabila tiba masanya. Persoalannya....adakah saham dan duit yang kita miliki dapat membayar segala hutang-hutang dosa kita di hari perhitungan nanti? (muhasabah ckit)



Masa yang kita ada tidak cukup dengan tanggungjawab yang kita pikul’’
(Imam Hasan Al-banna)

Semua orang yang ber-I/C kan Islam pasti tahu password untuk masuk ke pintu syurga (emm...iya ka???...pa ya). Jika ditanya apa rukun Islam yang pertama? Maka itulah passwordnya yakni ‘’La ilaha illallah, Muhammadur rasulullah’’. Setelah password di approve, security guard pintu syurga pasti akan meminta tiket (alamak...tiket pa lagi ne....), tiket itulah yang akan menentukan sama ada kita masuk ke syurga direct atau postpone dulu ataupun tak masuk langsung...Tiket ne hanya boleh didapatkan didunia sahaja iaitu merupakan tiang agama kita dan juga amalan pertama yang akan ditimbang (ala...tau da....solat kan!)

Solat merupakan kayu ukur bagi seseorang Muslim, jika baik solatnya maka seluruh ibadah yang dilakukan akan baik ,namun sebaliknya jika solatnya buruk dan tidak sempurna, maka buruklah juga segala amalan-amalan yang dilakukan.

Era yang semakin canggih dan moden kini dapat dilihat dengan adanya bangunan-bangunan pencakar langit yang berselerak di sana sini, wanita-wanita menjadi pemimpin kaum lelaki, pergaulan sosial dan budaya barat menjadi trend anak muda mudi kini, namun sedarkah kita era yang kita labelkan sebagai canggih dan moden ini adalah salah satu daripada tanda-tanda hari perhitungan semakin dekat, sedarkah kita azab-azab Allah SWT mula menampakkan diri dan belangnya, tsunami, gempa bumi, banjir, ribut, taufan dan sebagainya.



Wahai sahabat-sahabatku, bangunlah dari ulitan mimpi yang lena kerana mimpi itu hanyalah sementara. Ayuh perahkan keringat dijalan Allah, pimpinlah tangan saudara-saudara kita yang jalannya tersesat, hulurkanlah tangan buat saudara-saudara kita yang lemas dihanyutkan cinta dunia kerana kita adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. (Ali-Imran : 110)

Bagaimanakah mata dapat tidur jika setiap saat maut bersedia untuk mencabut nyawa manusia?

Mati itu pekara yang pasti, kita hanya perlu bersedia dan menanti, umur bukan ukuran panggilan Illahi...
Pastikan password kita betul, tepat dan tiada keraguan, belilah tiket seawal-awalnya agar kita mendapat tempat dibahagian hadapan...
Dan kasihilah saudara seIslam kerana tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya...(Bukhari & Muslim)




HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL, NI'MAL MAULA WA NI'MAN NASIR

1 ulasan:

  1. MashaAllah..meanrik betul artikel saudari..mai la jenguk site saya..Follow me back..ok..

    http://cintashizen.blogspot.com/

    BalasPadam

Basahkan Lidah, sirami rohani

Alhamdulillah Ya Rabb...